Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, September 20, 2008

Salam pautan

Assalamualikum & salam Ramadhan al-Mubarak.

Terlebih dahulu saya ingin ungkapkan setinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana berjaya membina laman pautan ini di alamat http://pergantungan.blogspot.com.

Kenapa nama pergantungan???
Kerana kita sebagai manusia, kita tidak boleh hidup seorang diri. Kita tidak dapat meneruskan kehidupan ini sekiranya kita berkeseorangan. Kita memerlukan kawan, kita memerlukan teman, kita memerlukan pautan, kita memerlukan pergantungan dan pergantungan kita yang paling tinggi adalah kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T..

Sama juga dengan penggunaan laman web ataupun blogspot. Tidak ada blog yang dibangunkan tanpa pautan atau LINK ke mana-mana laman web yang lain. Perlu ada link untuk memudahkan pautan dijalankan dalam proses mengintegrasikan maklumat yang dicapai.

Saya mengharapkan laman ini mampu menjadi satu laman yang memberi manfaat kepada diri saya dan pengunjung yang menggunakannya. Semoga ilmu yang kita ada dapat kita kongsikan bersama.